03 April 2013

Ceramah pertama lepas bubar malam ini

22 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Selepas Parlimen dibubarkan, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu akan memberikan amanat penting dalam ceramah pertama selepas bubar malam ini.

Beliau akan memberikan ceramah yang bertema 'Amanat Penting PRU13 - Tipu Pilihanraya Turun Padang' di Taman Melewar malam ini mulai jam sembilan malam.

Turut serta bersama beliau malam ini adalah Haji Mohamad Nor (Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan), Maria Chin Abdullah (Aktivis Bersih) dan Hishamudin Rais (Aktivis Bersih).

Ceramah ini dianjurkan oleh PAS Kawasan Bukit Bintang.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: