22 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
(Banner besar yang digantung di bangunan Ibu Pejabat MIC hari ini)
KUALA LUMPUR: Dakwaan para pemimpin Pakatan Rakyat, Barisan Nasional (BN) bangkrap idea dan akan menciplak idea mereka semakin terserlah.
Ciri-ciri itu semakin hari semakin terserlah dari mood dan pendekatan kempen yang dibuat oleh BN.
Hari ini, MIC menaikkan banner besar di ibu pejabatnya yang terletak di sebelah Ibu Pejabat Umno.

Banner
itu tertulis "Barisan Nasional Pilihan Rakyat' manakala satu lagi di
bangunan bersebelahan bannernya menggunakan tema 'Produk-produk
Dahulukan Rakyat'.
Padahal semua tahu, Pakatan Rakyat telah melancarkan kempen mereka sebelum ini, 'Harapan Rakyat' sebagai tema dalam manifestonya.
Ia sesuai dengan namanya Pakatan Rakyat yang apabila disambung 'Pakatan Harapan Rakyat'.
Media BN sejak sekian lama menafikan nama Pakatan Rakyat itu dengan memanggil Pakatan Rakyat sebagai Pakatan Pembangkang.
Para pemimpin Pakatan sebelum ini mendakwa, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menciplak segala idea Pakatan Rakyat.
Bukan setakat pendekatan kempen sahaja tetapi juga pergerakan pemimpin mereka diikuti pemimpin BN.
Janji Pakatan untuk memberikan permit teksi kepada pemandu teksi bukan lagi kepada syarikat kroni sebagaimana diamalkan oleh BN diciplak oleh Najib apabila mengumumkan 1000 permit teksi individu baru-baru ini.
Najib selepas itu mengunjungi Masjid Sri Petaling yang menjadi pusat utama kegiatan Jamaah Tabligh negara ini selepas ia dikunjungi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum itu.
Di masa itulah buat pertama kalinya dalam sejarah hidup Najib beliau memakai kopiah puteh dan kain pelikat yang menjadi pakatan rutin pemimpin Pakatan Rakyat khasnya pemimpin PAS.
"Menjelang tarikh PRU yang semakin dekat, tidak mustahil PM akan mengumumkan langkah drastik termasuklah menghapuskan pinjaman PTPTN dan penurunan harga minyak.
"Ini akan dilakukan demi mendapat sokongan rakyat terbanyak khususnya di kalangan anak-anak muda,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya semalam.

harakahdaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan