03 April 2013

PRU13: Sokongan Orang Asal kepada PR meningkat

22 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


MARAN: Sokongan para pengundi kepada PAS dan Pakatan Rakyat di Maran menjelang PRU13 terus meningkat sehingga 70 peratus berbanding 2008.
Yang Dipertua PAS Kawasan Maran, Ustaz Mohd Baqi Osman (gambar)memberitahu selain sokongan dari orang Melayu mahupun bukan Melayu, peningkatan sokongan turut berlaku pada Orang Asal.

Malah menurut beliau lagi, Orang Asal bukan sahaja menyokong PAS bahkan mereka turut hadir setiap kali PAS mengadakan program di kawasan Parlimen Maran.

"Perkembangan menarik jika dibandingkan pada tahun 2008, walaupun kita melihat rakyat Maran tidak menonjol tetapi mengikut dari risikan, mereka terus memberikan sokongan kepada kita.

"Termasuk juga Orang Asal yang mahukan perubahan terus memberi sokongan, mereka tidak pernah melepaskan peluang menyertai program yang kita anjurkan," jelas beliau yang ditemui sewaktu siri jelajah Negara Berkebajikan, semalam.

Dengan peningkatan sokongan sebanyak 20 peratus itu berbanding 2008, beliau berkeyakinan PAS akan dapat memenangi Parlimen Maran pada PRU13 nanti.

Jelas beliau, walaupun terdapat pemberian wang tunai kepada rakyat oleh Umno BN tetapi ia tidak dapat mengubah sokongan para pengundi kepada PAS dan Pakatan Rakyat.


"Saya pasti momentun ini akan meningkat sehingga hari mengundi nanti," ujar beliau penuh yakin.


Katanya, rakyat sudah bersedia untuk membuat perubahan pada PRU13 jika dibandingkan sebelum ini.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: