22 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
LAMBIR - Kampung Lusut Jaya 3 terletak dalam parlimen Sibuti,
kebanyakan penduduknya adalah bumiputera dari suku kaum Ulu, Kenyah,
Kayan, Iban dan terdapat juga keluarga Melayu.
Baru-baru ini PAS Miri buat lawatan bersama Timbalan Presiden PAS,
Haji Mohamad Sabu untuk meninjau keadaan kehidupan penduduk Kampung
Lusut Jaya 3 yang mengalami masalah bekalan air yang sering kali
terputus. Menurut salah seorang penduduk di situ yang dikenali sebagai
Jimbai ak Sigi, mereka terpaksa mengunakan air tadahan hujan dari
tangki yang mereka beli sendiri untuk mendapatkan air bersih sebab air
paip tidak dapat digunakan sama sekali walaupun meter air sudah
dipasang.
Loji Perawatan Air LAKU (Lembaga Air Kawasan Utara) di Lambir hanya
beberapa kilometer saja dari tempat kediaman mereka tapi tekanan air
amat rendah sehingga menyebabkan air tidak keluar dari pili air dan
yang keluar hanya tekanan angin. Mereka sudah lama memohon bekalan air
bersih sejak tahun 2008 dan sebelum itu mereka juga pernah menyuarakan
masalah yang sama kepada pihak yang berkenaan tetapi sehingga kini
masalah bekalan air bersih masih belum dapat diatasi sepenuhnya.
Walaupun air dari pili tidak keluar, mereka terpaksa membayar bil air
setiap bulan RM5 untuk meter air paip tersebut. Mereka merasa rugi
kerana terpaksa membayar meter air yang tidak berfungsi serta tiada
perkhidmatan yang diberi dan mereka juga amat kecewa dengan sikap
pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan bekalan air yang tidak
menghiraukan masalah mereka selama ini.
Ada juga dikalangan mereka terpaksa mengunakan air tadahan hujan dalam
kolam untuk kegunaan harian tetapi apabila musim kemarau, air takungan
dalam kolam akan kering dan sudah tentu ini akan menyukarkan mereka
untuk mendapatkan bekalan air untuk kegunaan harian.
Lagi pun air takungan dalam kolam tidak begitu sesuai untuk
membersihkan bahan makanan dan juga tidak selamat untuk diminum, dan
ianya paling sesuai untuk pembiakan nyamuk Aedes terutama sekali
selepas musim hujan.
Antara masalah lain masih ramai lagi penduduk kampung Lusut Jaya yang
belum mendapat bantuan tangki air 1Malaysia seperti yang dijanjikan
oleh pihak kerajaan BN. Mereka amat memerlukan tangki tersebut untuk
menadah air hujan untuk kegunaan semasa musim kemarau atau ketika
bekalan air terputus.
Kita mengesa pihak LAKU (Lembaga Air Kawasan Utara), dan pihak yang
berkaitan agar segera mengatasi masalah ini dari berpanjangan. Perkara
ini sudah pun dilaporkan sebelum ini tetapi sehingga kini tiada
sebarang tindakan susulan diambil untuk mengatasi masalah ini.
Kerjasama dengan semua pihak yang terlibat untuk menyelesaikan masalah
kampung Lusut Jaya 3 ini amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

Tiada ulasan:
Catat Ulasan