22 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
"INI
bilik favorate Datuk Seri Ahmad Husni," kata pelayan tetamu hotel Kinta
Riverview, sebuah hotel yang baru setahun lebih beroperasi di bandaraya
Ipoh.
Pelayan itu memberitahu penulis apabila masuk ke bilik 806, di hotel yang terletak bersebelahan dengan pusat tumpuan remaja untuk melepak pada waktu malam di bandaraya itu.
Bilik yang selalu diduduki Menteri Kewangan Kedua itu adalah 807. Bilik itu berkembar dengan bilik 806 yang diduduki penulis.
Apa yang menarik sangat dengan bilik itu sehingga menjadi bilik tempahan tidak diketahui tetapi itulah tempat anggota Parlimen Tambun itu menginap.
Yang pasti bilik yang menyimpan pelbagai jenis rahsia itu mengadap Bangunan Perak Darul Ridwan, pusat pentadbiran negeri Perak.
Tingkap bilik itu juga mengadap bangunan Majlis Agama Islam Perak.
Pemangku Sultan Perak, Raja Nazrin Shah telah merasmikan hotel yang mempunyai menara berkembar itu lebih setahun lalu.
Nama Husni adalah salah satu dari tiga nama yang disebut-sebut bakal menggantikan Datuk Seri Dr Zambry Kadir sebagai MB Perak.

(Keputusan pilihan raya 2008 untuk Parlimen Tambun)
Dua nama lagi adalah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri
Pertahanan yang juga Naib Presiden Umno dan Datuk Seri Mohamad Nazri
Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
"Kita semua tidak tahu sebenarnya apakah ada sungguh ura-ura itu tetapi cara para pemimpin BN menafikan perkara ini menambahkan rasa ingin tahu kita," kata Haji Asmuni Awi, Pengarah Pilihan raya PAS Perak.
Ahmad Zahid dan Nazri telah membuat kenyataan terbuka tidak ada sebarang perebutan jawatan MB di Perak. Padahal sebelum itu tidak ada laporan yang jelas tentang adanya perebutan itu.
Haji Asmuni (gambar bawah kiri) adalah anak jati kampung Gugusan Manjoi yang terletak di bawah DUN Manjoi, salah satu DUN di bawah Parlimen Tambun yang kini diwakili Husni.
Selain Manjoi, Hulu Kinta adalah satu lagi DUN di bawah Parlimen Tambun.
Haji Asmuni yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS Pusat disebut-sebut akan bertanding di DUN Manjoi dalam pilihan raya kali ini.
PKR pula akan meletakkan wakil-wakil mereka di Parlimen Tambun dan juga DUN Hulu Kinta.
"Kalau jadilah, ini pertama kali saya bertanding di kampung saya sendiri kerana selama ini saya bertanding di Kuala Kangsar," kata Asmuni ketika ditemui Harakahdaily baru-baru ini.
Beliau bertanding di Kuala Kangsar kerana bandar diraja itu adalah tempat beliau praktis sebagai peguam dan juga hakim sebelum ini.
Ketua Serikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail (gambar kanan) disebut-sebut bakal bertanding melawan Husni di Parlimen Tambun.
Dalam pilihan raya umum lalu, Husni menang di Parlimen Tambun apabila mengalahkan calon PKR, Mohamad Asri Osman dengan majoriti 5,386 undi.
Calon PAS, Zulkurnaini Ibrahim pula kalah di DUN Manjoi kepada calon BN, Datuk Nadzri Ismail dengan majoriti 348 undi sahaja.
Jika Nadzi bertanding lagi dalam pilihan raya kali ini, ia adalah penggal kelima untuk beliau selepas menang empat penggal sebelum ini.
Kawasan utama di bawah DUN Manjoi adalah perkampungan Gugusan Manjoi yang dikira antara penempatan Melayu terbesar di tengah kota di negara ini.
Dalam pilihan raya 2008, pengundi Melayu adalah 65.79 peratus dari jumlah 36,036 pengundi DUN Manjoi keseluruhannya.
Cina 24.97 peratus manakala India 9.06 peratus dan lain-lain 0.17 peratus di DUN Manjoi ini.
Kini Harakahdaily diberitahu, jumlah pengundi DUN Manjoi sudah meningkat kepada kira-kira 46,000 iaitu peningkatan 10,000 pengundi baru berbanding pilihan raya 2008 lalu.
"Saya tidak nampak sebarang salah laku dalam penambahan undi di sini kerana kawasan ini kawasan pembangunan yang pesat yang menyebabkan peningkatan undi 10,000 adalah boleh diterima," kata Asmuni.
Walau membangun dengan pesat, Asmuni sebagai anak jati Manjoi tidak berpuashati dengan apa yang berlaku.
Ini kerana, banyak berlaku pembangunan pincang di sini yang tidak mengambil kira kepentingan dan keperluan penduduk tempatan.
"Kami tidak perlukan Mydin (gambar kanan) di sini. Ini kerana bandaraya Ipoh dekat, kami boleh pergi ke sana untuk ke supermarket besar," kata Asmuni.
Pembukaan pasaraya Mydin di Manjoi telah menyebabkan kedai-kedai dan pasar milik penduduk tempatan yang kebanyakannya Melayu menjadi lumpuh.
Lawatan Harakahdaily ke Pasar Manjoi membuktikan apa yang disebut Asmuni benar. Pasar itu dikunjungi beberapa kerat pengunjung sahaja manakala bangku-bangku pasar terbiar kosong tanpa penjual.
"Inilah kesannya apabila mereka buka Mydin di sini," kata Asmuni kepada Harakahdaily sambil menunjukkan keadaan pasar yang lengang (gambar kiri) itu tanpa penjual dan pembeli itu.
Keperluan utama rakyat di sini iaitu klinik yang baik juga terabai. Di sini hanya ada sebuah klinik usang yang tidak mempunyai seorang pun doktor tetap.
Yang ada hanya doktor pelawat yang datang pada hari-hari tertentu sahaja.
Pendekata, Manjoi memerlukan seorang yang benar-benar faham apa yang diperlukan rakyat kawasan ini. Dan PAS mencadangkan satu nama iaitu Asmuni Awi untuk rakyat di sini, bagi mewakili mereka.

1 ulasan:
sila betulkan kenyataan tentang klinik.... klinik kesihatan manjoi telah ada doktor yang tetap tetapi bangunannya adalah menyedihkan.
Catat Ulasan