03 April 2013

Polis Kathmandu lancar kempen tangkap lembu

22 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
 

KATHMANDU - Polis di sini melancarkan kempen untuk menangkap lembu-lembu yang berkeliaran di jalan raya.

Haiwan-haiwan itu dipersalahkan kerana berlaku kemalangan dan kesesakan jalan raya.

"Kita menyaksikan kesesakan jalan raya berlaku kerana pemandu kenderaan cuba mengelak lembu-lembu tersebut," kata seorang jurucakap Polis Metropolitan Kathmandu, Pawan Giri.

Menurutnya, kemalangan kerap berlaku semasa para pemandu cuba untuk mengelak lembu tersebut.
Beliau berkata, lembu-lembu itu akan ditahan sehingga pemiliknya membayar denda sebanyak AS$60 (RM185.28).

Lembu dianggap sebagai haiwan suci oleh penduduk beragama Hindu di Nepal. - AFP


Tiada ulasan: