22 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
YANGON - Polis di Myanmar menyatakan, pihaknya serdang menyiasat
ketua sebuah masjid dan seorang guru Muslim kerana disyaki cuai sehingga
mengakibatkan asrama masjid itu terbakar semalam.
Kebakaran yang berlaku menjelang subuh itu menyebabkan 13 orang
kanak-kanak terbunuh sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa
ketegangan agama di negara ini akan meningkat.
Pihak berkuasa menyalahkan kebakaran itu berlaku disebabkan litar pintas.
Beberapa anggota polis pencegah rusuhan ditempatkan di masjid tersebut bagi mengawal ketenteraman awam.
Bagaimanapun, beberapa penduduk Muslim mengesyaki kebakaran tersebut sengaja dilakukan.
Seorang penduduk Muslim, Soe Myint berkata, kebanyakan kanak-kanak
dihantar ke asrama itu oleh ibu bapa mereka, sedang nyenyak tidur semasa
kebakaran tersebut berlaku.
Menurutnya, dia yang turut membantu mengeluarkan mayat mangsa tidak percaya kebakaran tersebut disebabkan lintar pintas.
Dia menyatakan, masjid itu dipenuhi dengan bau minyak diesel.
Ketua Menteri Yangon, Myint Swe memberitahu pemberita bahawa polis menemui tong diesel di bawah sebuah tangga.
Menurutnya, minyak tersebut pada kebiasaannya digunakan untuk sebuah generator masjid itu apabila bekalan elektrik terputus.
Kira-kira 70 orang berjaya menyelamatkan diri ekoran kebakaran itu.
Rusuhan agama di Myanmar sebelum ini meragut nyawa 43 orang dan 86
cedera pada bulan lalu selepas berlaku perbalahan antara seorang pemilik
kedai emas yang beragama Islam dengan pelanggannya beragama Buddha di
Meikhtila. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan