22 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
ROMPIN - Seorang warga emas yang menghidap penyakit kencing manis dan
darah tinggi hidup serba kedaifan selepas kematian suaminya kira-kira
tujuh tahun lalu.
Esah Shaari, 65, berkata, dia terpaksa bergantung harap dengan bantuan anak-anak bagi menampung kos perbelanjaan barangan dapur dan ubat-ubatan.
Menurutnya, dia pernah tiga kali memohon bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tetapi malangnya ditolak.
“Permohonan kepada JKM sudah dibuat tetapi ditolak atas alasan saya mempunyai anak yang boleh membantu menampung kos hidup,” katanya kepada Sinar Harian.
Esah yang mempunyai empat anak berkata, selain menghidap kencing manis dan darah tinggi, dia juga mengalami ketar-ketar pada kedua belah tangan.
“Hendak buat kerja pun sudah tidak larat kerana tangan ketar-ketar tanpa henti melainkan ketika waktu tidur sahaja,” katanya.
Esah yang tinggal bersama anak bongsunya berkata, dengan adanya bantuan JKM, dia dapat mengurangkan beban ditanggung menantunya yang hanya bekerja sebagai pemandu lori ikan.
“Kalau ada bantuan bulanan JKM, bolehlah saya membantu membayar air dan elektrik yang tertunggak sejak dua bulan lalu,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Setajam, Muhamad Aw. Kechik berkata, pihaknya sudah menghantar surat sokongan kepada JKM Rompin berhubung permohonan warga emas itu.
“Saya akui pemohon memang hidup susah dan berharap JKM dapat memberi pertimbangan dan meneliti sewajarnya permohonan yang dibuat penduduk terbabit,” katanya.

SINAR/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan