Dewan Pemuda PAS Negeri Perak melihat fenomena keberanian
PAS / Pakatan Rakyat (PR) untuk mengisytiharkan calon-calon lebih
awal membuktikan Parti dalam PR benar-benar sudah mengatakan
kesediaan dan keutuhan kesatuan menjelangnya pada Pilihan Raya
Umum (PRU) ke – 13 yang masih belum diumumkan tarikhnya
sehingga kini.
Walau bagaimanapun, PR telah melangkah
kehadapan selangkah daripada Umno / Barisan Nasional (BN) yang
masih belum memuktamadkan calon-calon mereka.
kehadapan selangkah daripada Umno / Barisan Nasional (BN) yang
masih belum memuktamadkan calon-calon mereka.
Kompetensi calon-calon PR yang telah diumumkan membolahkan
rakyat menilai akan kemampuan calon-calon tersebut termasuk atas
penilaian perkhidmatan yang telah diberikan serta memperjuangkan
isu-isu sedia ada. Ianya juga memperlihatkan dan membuktikan
bahawa PR berpandangan jauh dalam memastikan kehendak rakyat
bagi memilih wakil mereka dipertimbang sewalnya. Sikap integriti dan
bersih sudah tentu menjadi asas utama semua calon-calon PR bagi
menggalas tanggungjawab dan amanah yang akan diberikan oleh
rakyat kelak.
Akhirnya, kami tampil menyokong usaha semua Parti di dalam PR
agar segera mengumumkan calon-calon bagi membolehkan rakyat
dekat dan mudah bersama sebelum PRU ini nanti. Ianya juga satu
peluang dan ruang bagi calon-calon PR bergerak bertemu dengan
semua peringkat masyarakat agar memudahkan hubungan dengan
mereka nanti. Kami rakamkan ucapan tahniah kepada semua
kepimpinan PR yang membuktikan bahawa PR sudah bersedia
mengambil alih Putrajaya dengan satu contoh yang tidak mampu
ditunjukkan oleh BN kerana kelemahan mereka.
Kami juga mencabar Umno / BN untuk mengumumkan calon-calon
mereka sebelum pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan
Negeri (DUN) bagi membuktikan mereka benar-benar bersedia untuk
mempertahankan kerajaan mereka di Pusat dan negeri-negeri. Datuk
Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abd Kadir umpamanya sehingga hari ini
dilihat buntu dan kesah apabila calon-calon PR di Perak telah mula
turun ke medan berbanding Umno / BN yang masih tidak ada
keputusan kerana ketiadaan calon-calon yang berkaliber dan bersih.
DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan