22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
SEREMBAN – Seramai 19 lelaki dan tiga wanita ditahan dalam serbuan berasingan di dua premis yang menjalankan kegiatan mesin judi berkomputer sekitar Seremban, malam kelmarin.
Dalam serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Kontinjen Polis negeri, sebanyak 63 set komputer dan wang pertaruhan berjumlah RM820 dirampas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, ketika serbuan, semua yang ditahan berusia lingkungan 19 hingga 42 tahun itu sedang asyik bermain judi.
Menurutnya, empat pelanggan ditahan dalam serbuan pertama di sebuah premis di Jalan Tuanku Munawir, jam 5.30 petang.
“Sebanyak 29 set komputer dan wang pertaruhan RM510 turut dirampas. Sementara, dalam serbuan kedua, tiga jam kemudiannya di sebuah premis di Taman Sri Mawar di Senawang, kita menahan 16 pelanggan dan merampas 34 set komputer serta wang pertaruhan RM310,” katanya.
Menurutnya, selain 22 suspek terbabit, polis turut menahan dua lelaki, dipercayai penjaga dua premis tersebut dengan salah seorangnya adalah warga asing.
“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Pindaan 2001) yang memperuntukkan denda RM10,000 bagi setiap mesin yang dirampas atau penjara lima tahun jika sabit kesalahan.
“Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan