15 Februari 2012

Injap jantung sempit

22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

TEBUK PANCHUR – Seorang surirumah memerlukan kira-kira RM30,000 untuk menjalani pembedahan menukar injap jantung kerana menghadapi masalah injap jantung sempit sehingga menyukarkan untuk bernafas.

Sarimah Hamid, 47, yang tinggal di Semanggol, di sini memberitahu dia terpaksa berulang alik ke Taiping dan Pulau Pinang untuk mendapatan rawatan dan membuat pemeriksaan dengan pakar jantung secara berkala.

“Setiap dua minggu sekali, saya akan pergi ke Hospital Taiping untuk rawatan susulan dan setiap tiga bulan, saya akan ke Hospital Pulau Pinang bagi menemui pakar jantung,” katanya.

Walaupun, dia menerima bantuan Perkeso menerusi Skim Pencen Ilat namun jumlah itu masih tidak mencukupi untuk menampung kos pembedahannya.

Tambah Sarimah, selain terpaksa mencari wang untuk kos pembedahan, dia juga perlu menyediakan perbelanjaan untuk berulang alik dari rumah ke hospital.

“Saya amat berharap ada insan yang sudi meringankan beban saya termasuk pihak kerajaan agar saya dapat menjalani pembedahan bagi merawat masalah injap sempit dengan segera,” katanya.

Suaminya, Abd Hamid Ali, 55, yang bekerja sebagai buruh kasar berkata, dia adat menyimpan sebahagian gajinya untuk kos pembedahan isterinya, namun jumlah itu terlalu sedikit.

“Memandangkan pendapatan bulanan yang saya perolehi hanya RM600 , agak mustahil untuk mengumpul wang yang banyak, lebih-lebih lagi saya perlu menyediakan makan minum dan belanja persekolahan tiga orang anak,” katanya.

Harapan Hamid, ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dan bersimpati dengan kesihatan isterinya.

“Kepada yang ingin membantu bolehlah menghubungi saya di talian 013-5043043 atau menyalurkannya ke akaun Bank Rakyat atas nama Abd Hamid Ali, 22-005-128260-5,” katanya.

Agency

Tiada ulasan: