15 Februari 2012

Umur bersara swasta ke Parlimen

22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

LANJUTAN had umur persaraan untuk sektor swasta dijangka memberi peluang kepada kakitangan untuk membuat persediaan dana kewangan bagi keperluan hidup masa tua. - Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Rang Undang-Undang Umur Persaraan Swasta yang akan melanjutkan tempoh perkhidmatan pekerja sektor swasta kepada 64 tahun termasuk had bersara mandatori pada usia 60 tahun akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat bulan depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, proses penggubalan rang undang-undang itu yang membabitkan lebih enam juta pekerja swasta di negara ini kini di peringkat akhir penelitian.

“Kita berharap rang undang-undang ini dapat dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat bulan depan untuk mendapat kelulusan.

“Kini cuma ada satu dua isu yang masih diperhalusi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Persatuan Industri Teknologi Berkomputer (CompTIA), Persatuan Teknologi Malaysia (TAM) dan London Chamber of Commerce and Industry (LCCI) di sini semalam.

Kosmo

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan dah tak ada duit ker? Perlukan duit dari kakitangan swasta dimasukkan lagi ke dalam EPF?