22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
PONTIAN - Tindakan pantas anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pontian memotong mesin pencetak berjaya menyelamatkan seorang pekerja kilang kotak yang nyaris putus pergelangan tangan kanannya, di Parit Empat, Api-api, di sini tengah hari semalam.
Mangsa, Jelani Abdul Ghani, 53, dikatakan sedang memasukkan kotak ke dalam mesin berkenaan apabila secara tidak sengaja termasukkan pergelangan tangan kanannya.
Menurut Pegawai Bomba Kanan Satu, A Hamid Awaludin, sejurus menerima panggilan kecemasan jam 12 tengah hari, enam anggota dari Balai Bomba Pontian bergegas ke tempat kejadian.
Hamid berkata, sebaik sahaja pasukannya tiba di lokasi, mangsa sedang mengerang kesakitan kerana pergelangan tangan kanannya termasuk ke dalam mesin pencetak terbabit.
“Kami terpaksa bertindak pantas dengan memotong besi mesin berkenaan bagi membolehkan tangan mangsa dikeluarkan,” katanya.
Katanya, pergelangan tangan mangsa berjaya dikeluarkan sepuluh minit kemudian dan Jelani segera dihantar ke Hospital Pontian untuk rawatan lanjut.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan