22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
KOTA BHARU, 15 Feb: Tindakan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan ‘membakul sampahkan’ Buku Jingga dianggap mengulangi sejarah Maharaja Rom mengoyak surat yang dihantar Rasulullah saw.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, tindakan itu menunjukkan sikap yang tidak menghormati orang lain.
“Soal nak terima atau tidak, soal lain. Tapi buang Buku Jingga dalam bakal sampah di hadapan orang ramai di atas pentas menunjukkan sikap yang tidak bertamadun.
“Sebagai seorang timbalan menteri sepatutnya beliau lebih berdisiplin, lebih-lebih lagi perbuatan itu menjejaskan kewibawaan dirinya sendiri,” katanya di sini.
Baru-baru ini media melaporkan Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri memasukkan Buku Jingga ke dalam tong sampah pada perjumpaan bersama ketua-ketua tanah rancangan Felda di Kuala Lumpur.
Mohd Amar yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, tindakan tersebut menjejaskan kewibawaan individu, parti dan jawatan yang dipegangnya.
“Itulah sikap biadab yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya.
Pakatan Rakyat mengeluarkan Buku Jingga mengariskan tawaran jangka pendek dan jangka panjang dalam mentadbir negara sekiranya mengambil alih pentadbiran di Putrajaya.
Buku Jingga dipersetujui parti-parti Pakatan Rakyat dan diumumkan di konvensyen kedua di Pulau Pinang pada 19 Disember 2010.
Sementara itu beberapa peneroka ketika dihubungi meluahkan rasa kesal di atas tindakan timbalan menteri yang bertanggungjawab menjaga Felda menghina buku Jingga di hadapan mereka.
Zulkifli Muhamad, 53 dari Ciku 1 Gua Musang berkata, rata-rata masyarakat peneroka kesal terhadap apa yang dilakukan Ketua Penerangan Umno menghina program ditawarkan Pakatan Rakyat di hadapan orang ramai.
Harakah Daily

1 ulasan:
Sejarah anak toyo bagi hadiah penyapu...alamat kalah lagi teruk le UMNO...
Catat Ulasan