22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
JOHANNESBURG: Seekor singa betina menyerang dan membunuh seorang pekerja zoo ketika dia berada dalam kurungan haiwan berkenaan, semalam.
“Kelihatannya dia sedang memberi makan atau membersihkan kurungan haiwan itu ketika dia diserang singa berkenaan,” kata jurucakap zoo di Johannesburg, Letta Madlala.
“Pekerja lain mendengar dia menjerit dan bergegas untuk menghulurkan bantuan,” katanya.
Menurut Letta, selepas serangan itu, mangsa, Joe Ramonetha, 61, dibawa ke hospital, tetapi kemudian disahkan mati sebaik tiba di hospital.
Ramonetha yang bekerja di zoo itu sejak 1970-an adalah seorang pekerja yang berpengalaman dalam menguruskan haiwan. - AFP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan