22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
PAYA BUNGA- ‘Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’. Namun, itulah realiti kehidupan dilalui seorang isteri yang terpaksa memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga apabila suami tercintanya kini hanya mampu terbaring lemah dipercayai menghidap penyakit barah hati kronik.
Menurut Suraya Abd Karim, 40, lebih memilukan hati apabila sejak dua bulan lalu, dia tidak lagi dapat mencari rezeki menjual rojak kerana masalah kesihatan suaminya, Osman Omar, 50, semakin serius sehingga memerlukan bantuan untuk menguruskan diri.
“Suami saya mula mengalami masalah kesihatan sekitar lapan bulan lalu, badannya kelihatan semakin susut, perutnya pula kian membuncit. Namun, ketika itu dia gagahkan juga mencari rezeki sebagai penjual rojak di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu ini.
“Kini saya tidak lagi boleh menjual rojak kerana keadaan suami yang semakin teruk, dia perlukan pemantauan dan bantuan untuk menguruskan diri, untuk ke bilik air pun saya perlu memapahnya,” katanya.
Kata ibu kepada lima anak ini, kadang-kadang suaminya mengalami sesak nafas secara tiba-tiba. Perutnya pula kadang-kadang lembik dan kadang-kadang keras.
Saya rasa bersalah pada anak
“Saya berasa bersalah kerana terpaksa membebankan anak sulung untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga.
“Kadang-kadang disebabkan wang yang diperoleh tidak mencukupi saya menebalkan muka meminjam wang untuk membeli makanan biarkan kami hanya malam nasi dengan kicap berlaukkan telur sahaja,” katanya.
Suraya menceritakan kisah dukanya ini ketika menerima kunjungan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kuala Terengganu, Badrol Hisham Zaki sempena Program Kunjungan Cakna Prihatin Pergerakan Pemuda Umno Kuala Terengganu.
Kata Suraya, walaupun dugaan yang dilalui terasa berat namun anak-anaknya yang berusia 22, 19, 18, 13 dan 7 tahun itu banyak memberi kekuatan selain sokongan pihak lain.
Tetap setia jaga suami
Walaupun pihak hospital hanya dapat mengesahkan penyakit sebenar suaminya pada 20 Februari ini namun sebagai isteri apa sahaja yang dihidapi, dia tetap akan berada di sisi suami.
“Pihak hospital memaklumkan suami dipercayai menghidap barah hati tahap kronik dan diharapkan temujanji dengan doktor pada 20 Februari ini akan dapat mengesahkan punca sebenar penyakit yang dialami ini,” katanya.
Kata Suraya, dia amat berharap dan sentiasa berdoa kepada ALLAH SWT supaya suaminya dapat pulih seperti biasa agar mereka boleh kembali berniaga rojak bersama-sama untuk mencari rezeki bagi membesarkan anak.
Agency

Tiada ulasan:
Catat Ulasan