22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
JAKARTA - Syarikat francais asing disyaratkan mempunyai lebih daripada satu rakan usaha sama tempatan di Indonesia menerusi peraturan
baharu yang berkuat kuasa bulan ini.
Peraturan itu, antara lain, menetapkan francaisor asing tidak menyekat francaise induk dan tidak membuka premis mereka sendiri bagi mengelak monopoli pasaran serta menggalakkan persaingan.
Francaise syarikat asing kini dikawal oleh "francaise induk" tunggal, menyebabkan wujud monopoli, lapor The Jakarta Post yang memetik kenyataan Ketua Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Indonesia, Gunaryo, pada Rabu.
Gunaryo berkata peraturan baharu itu juga terpakai untuk francaise tempatan.
Pada masa ini banyak francaise tempatan, seperti kedai runcit, masih beroperasi dengan membuka premis mereka sendiri, serta tidak sahaja menjual
produk masing-masing kepada pihak lain.
Laporan itu juga menyebut peraturan baharu itu juga memusatkan pendaftaran dan pengeluaran lesen francais kepada perniagaan asing dan tempatan oleh Kementerian Perdagangan.
Pada masa ini lesen untuk francais tempatan dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan manakala permit untuk francais asing diluluskan oleh kerajaan pusat.
Data Jawatankuasa Francais dan Lesen Indonesia menunjukkan terdapat 1,114 francais tempatan dan asing di Indonesia sehingga lewat tahun lepas.
Bilangan itu dianggarkan meningkat sebanyak 15 peratus tahun ini, lebih tinggi daripada purata pertumbuhan tahunan sebanyak 11 peratus berikutan potensi kemasukan beberapa francais dari Amerika Syarikat, Malaysia, Korea Selatan, China, Jepun dan Australia.- Bernama
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan