22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
SEREMBAN - Sepasang kekasih yang asyik bermadu asmara di sebuah hotel sekitar bandar ini, terkejut diserbu oleh anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), awal pagi semalam.
Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, pasangan yang mendakwa dari negeri lain, datang ke Seremban untuk meraikan Hari Kekasih, sebelum mengambil keputusan menginap di sebuah hotel bajet, di sini.
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguat kuasa JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa berkata, pasangan kekasih berusia awal 20-an itu bertemu pada petang kelmarin.
Katanya, selepas menyambut Hari Kekasih pada tengah malamnya, mereka mengambil keputusan menyewa sebuah bilik di salah satu hotel di bandar ini untuk bermalam.
“Semasa pemeriksaan, mereka yang lengkap berpakaian, memberi kerjasama kepada anggota penguat kuasa. Hasil pemeriksaan mendapati, teman lelaki wanita terbabit adalah warganegara Indonesia tetapi memiliki dokumen perjalanan sah,” katanya.
Menurutnya, mereka juga menyatakan tujuan sebenar datang ke bandar ini adalah untuk mencari kerja kerana tidak mahu berjauhan.
Dalam pada itu, pada Ahad lalu, dua anggota lelaki dari sebuah unit beruniform ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan pasangannya di dua lokasi berlainan.
Semua pasangan, berusia 20 dan 30-an itu, berdua-duaan, sekitar jam 3 hingga 5 pagi di Port Dickson dan juga Seremban.
“Semua kes akan disiasat mengikut Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992,” katanya.
SEMENTARA ITU DI BANDARAYA MELAKA, bagi mencegah pasangan Islam meraikan Hari Kekasih dan melakukan maksiat, Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) melakukan pemantauan di kawasan tumpuan orang ramai di negeri ini bermula lewat malam, kelmarin.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, pemantauan membabitkan lapan lokasi dalam operasi selama tiga jam, bermula jam 11 pagi itu.
“Bagaimanapun, kebanyakan pengunjung melarikan diri selepas melihat kami membuat rondaan. Antara lokasi yang dipantau adalah Pantai Crystal Bay, kawasan tambak Padang Temu, Kampung Portugis, Pantai Klebang, Pantai Puteri, Dataran Pahlawan, Pantai Marina Bay dan Pulau Melaka,” katanya, semalam.
Menurutnya, menerusi pemantauan di Pantai Klebang mendapati, banyak kenderaan diparkir, dipercayai untuk melakukan maksiat.
“Namun, sejurus kenderaan kami tiba, semua pemandu terbabit beredar dari kawasan berkenaan,” katanya, di sini, semalam.
“Ada juga kawasan yang lengang dan hanya terdapat pengunjung yang memancing di tepi pantai,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan