22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM – Dewan Pemuda Pas Pusat mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal memainkan peranan mereka sehingga menyebabkan lebih dua juta orang Melayu dan Bumiputera yang masih belum mendaftar sebagai pemilih.
Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas, Mohd Sany Hamzan berkata, kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar yang berkata antara penyebab kepada perkara ini ialah sikap tidak ambil peduli mereka seolah-olah cuba menutup kelemahan SPR.
Beliau berkata, SPR juga gagal menyedarkan rakyat tentang pentingnya mereka mendaftar sebagai pemilih seterusnya mengundi pada pilihan raya yang akan datang dan sewajarnya belajar daripada negara-negara lain cara menarik minat rakyat supaya mendaftar sebagai pemilih.
“SPR boleh belajar dari Indonesia yang boleh menyediakan pasukan khas yang akan mendaftarkan pemilih baru dan membersihkan daftar pemilih yang bergerak secara langsung di lapangan-lapangan dan bukan berkisar di dalam pejabat SPR sahaja.
“Bagaimanakah Indonesia yang pendaftaran pemilih bermula daripada usia 15 tahun boleh menjadi lebih efisien dari Malaysia yang hanya layak mengundi apabila berusia 21 tahun?” kata beliau.
Menurut Mohd Sany, pihaknya turut menganggap SPR sebenarnya tidak serius dalam memastikan pemilih-pemilih baru mendaftar sebagai pengundi terutamanya apabila saranan supaya pengundian secara automatik bagi pemilih berusia 21 tahun seperti dalam tuntutan Bersih 2.0 masih tiada khabar tentang perlaksanaannya.
Katanya, walaupun wakil daripada parti-parti politik telah dilantik sebagai wakil kepada SPR untuk mendaftarkan pemilih-pemilih baru tetapi SPR perlu sedar ramai juga pemilih yang tidak mahu mendaftar melalui parti politik supaya dilihat tidak menyebelahi parti politik tertentu.
“Inilah tanggungjawab pihak SPR supaya menyediakan kemudahan yang lebih baik dan mudah untuk di akses oleh pemilih-pemilih baru ini.
“SPR wajar mengurangkan keluhan mereka di media sebaliknya melaksanakan tanggungjawab memastikan seluruh rakyat Malaysia yang layak mengundi supaya berdaftar sebagai pemilih walaupun terpaksa meredah bukit, menyusur aliran sungai dan memasuki lorong-lorong yang sempit,” katanya.
Tambah Mohd Sany, ini ialah tanggungjawab SPR dan jangan meletakkan kesalahan di atas bahu orang lain.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan