22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
Sekurang-kurangnya 60 pengundi dengan alamat yang diragui dikenal pasti disenaraikan dalam daftar pemilih tambahan pilihan raya bagi kerusi DUN Lobak di Negeri Sembilan.
Penyandang kerusi itu, Anthony Loke, yang juga ahli parlimen Rasah, berkata 60 pengundi berkenaan didaftarkan sebagai penduduk Taman Sri Amber, Seremban, tetapi nombor rumah yang diberikan tidak wujud.
"Rumah-rumah di Taman Sri Amber bermula dengan nombor 400. Tetapi di sini, kami mempunyai pengundi yangmendaftarkan nombor rumah misalnya 24, 32, 48, 101, 131, 180, 201, 222 dan 301, yang tidak wujud," kata Loke.
NONEMerujuk kepada daftar pemilih tambahan bagi suku keempat tahun 2011, beliau berkata kejadian seumpama itu juga berlaku di rumah pangsa di Taman Sri Amber.
Katanya, rumah pangsa itu hanya mempunyai satu blok, tetapi dalam daftar pemilih tambahan terdapat beberapa pengundi yang didaftarkan dengan alamat "Blok B" dan "Blok C", yang tidak wujud.
Satu lagi keanehan dalam daftar pemilih itu, kata Loke adalah bahawa 90 peratus daripada 670 pengundi baru yang didaftarkan pada suku terakhir itu terdiri dari bangsa tertentu sahaja.
Loke, yang juga ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini, mendedahkan penemuan itu kepada Malaysiakini selepas membuat aduan dengan pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya di Seremban.
"Saya percaya pengundi denagn latar belakang yang mencurigakan telah didaftarkan, Ini adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 3 Akta Kesalahan Pilihan Raya kerana memberikan maklumat palsu dalam borang pendaftaran pengundi, "kata Loke, yang juga seorang peguam.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun, denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Loke merancang untuk membuat laporan polis mengenai perkara itu hari ini.
malaysiakini/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan