15 Februari 2012

Pakistan benarkan NATO hantar makanan

22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

ISLAMABAD 15 Feb. - Menteri Pertahanan Pakistan, Ahmed Mukhtar semalam berkata, kerajaan memberi kebenaran sementara kepada tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bagi menghantar makanan kepada tentera mereka di Afghanistan melalui sempadan negara ini.

Ini merupakan tindakan pertama Islamabad membenarkan perikatan itu menghantar bekalan melalui sempadannya yang ditutup kepada mereka sejak November lalu berikutan serangan pesawat Amerika Syarikat yang menyebabkan 24 askar Pakistan terkorban.

Menurut Ahmed, kebenaran itu bersifat sementara dan hanya untuk tempoh yang terhad. - AGENSI

Tiada ulasan: