22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
LONDON 14 Feb. - Guru agama yang pernah digambarkan sebagai orang kanan Osama bin Laden di Eropah, Abu Qatada dibebaskan dari sebuah penjara di Britain semalam dengan syarat-syarat ikat jamin yang sangat ketat.
Qatada yang menentang ekstradisi ke Jordan, dibebaskan dari penjara kawalan ketat Long Lartin di Worcestershire, tengah England dan dikehendaki menjalani perintah berkurung 22 jam di rumahnya di London.
Lelaki berusia 51 tahun itu dianggap sebagai ancaman serius terhadap keselamatan Britain dan menghabiskan hampir sepanjang enam tahun yang lalu di dalam penjara tanpa didakwa ketika London berusaha untuk mengusirnya ke Jordan.
Dia meninggalkan penjara sekitar pukul 9.15 malam tadi (5.15 pagi ini waktu Malaysia) dengan menaiki sebuah van dan kelihatan menutup mukanya dengan sebelah tangan.
Menjelang pembebasannya, Jabatan Dalam Negeri berkata, pihaknya akan mengambil 'segala langkah' untuk memastikan Qatada diekstradisi ke Jordan, di mana dia didapati bersalah terlibat dengan serangan keganasan pada 1998.
Qatada juga kelihatan menyampaikan ceramah dalam video yang ditemui di rumah pangsa seorang pengebom berani mati dalam serangan 11 September 2001.
Bagaimanapun Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah memutuskan Britain tidak boleh mengusir warga Jordan itu ke tanah airnya kerana keterangan yang digunakan terhadapnya dalam sebarang perbicaraan mungkin diperoleh menerusi penyeksaan. - AFP

1 ulasan:
Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah sendiri telah menunjukkan sedikit keadilan terhadap abu Qatadah walaupun mereka ini bukan seagama dengan beliau kerana mereka masih percaya yang hak seseorang untuk bebas dan hidup dengan aman perlu dipertahankan. Bagaimana dengan mahkamah di Malaysia dalam isu penahanan ISA terhadap tahanan yang hanya bebeza pandangan dengan kerajaan? Lebih malang lagi!!
Catat Ulasan