21 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
BANDA HILIR – Bukan berseorangan, malah seorang lelaki turut aktif melakukan jenayah pecah rumah di sekitar negeri ini bersama bapa mertuanya.
Bagaimanapun, kegiatan mereka terbongkar apabila ditahan dalam serbuan dilakukan sepasukan polis dari Balai Polis Malim dan Tanjung Minyak, kelmarin.
Suspek berusia 38 tahun bersama bapa mertuanya berusia 69 tahun ditahan di sebuah rumah sewa di Taman Krubong Jaya. di sini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehuddin Abdul Rahman berkata, ketika serbuan, suspek bertindak melarikan diri sehingga berlaku satu pergelutan dalam serbuan kira-kira 9 pagi itu.
“Suspek tidak mempunyai pekerjaan tetap dan memiliki 12 rekod kesalahan lampau melibatkan rekod jenayah dan dadah termasuk ujian sari-ngan air kencing positif dadah jenis Meth.
“Manakala, mertuanya tidak mempunyai rekod lampau. Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan,” katanya.
Menurutnya, modus operandi suspek adalah melakukan kegiatan pecah rumah pada waktu siang iaitu ketika kebanyakan penghuni keluar bekerja.
“Selepas itu, barangan dicuri akan disimpan di rumah sewa sebelum menjualnya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Melaka Tengah, di sini semalam.
Salehuddin berkata, dalam serbuan itu, polis merampas sebuah motosikal jenis Honda EX5, 10 unit komputer riba dan empat televisyen LCD, selain lima telefon bimbit dan masing-masing sebuah kamera jenama Lumix, Maxis Broadband dan beg mengandungi peralatan melakukan jenayah pecah rumah.
“Turut dirampas, satu parang pendek, pemotong wayar, skru driver dan satu baton berwarna hitam,” katanya.
Kedua-dua suspek yang berasal dari negeri ini ditahan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan