21 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM – Polis menyelesaikan siasatan berhubung kes culik remaja lelaki berusia 14 tahun, dengan tertangkapnya seorang suspek di Teluk Intan, Perak, Sabtu lalu.
Suspek dikatakan menghubungi keluarga remaja terbabit dan meminta wang tebusan berjumlah RM50,000.
Difahamkan keluarga mangsa berunding beberapa kali dengan suspek meminta tebusan dikurangkan kepada RM2,000, sebelum suspek bersetuju.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, hasil risikan, pihaknya mengesan kedudukan suspek lelaki berusia 26 tahun itu, sebelum menahannya kira-kira jam 10.30 pagi.
Beliau berkata, turut dirampas bersama suspek kereta jenis Nissan March, MyKad milik seorang wanita, kad ATM termasuk kad pengenalan polis palsu.
“Dengan tertangkapnya suspek, kita anggap kes ini selesai,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan