Kuala Lumpur: Lima penjenayah bersenjatakan pistol dan parang dicekup
selepas ‘bermain sorok-sorok’ dalam tiga rumah teres selama tujuh jam
dalam cubaan mereka merompak satu daripada rumah itu di Persiaran
Damansara Endah, Bukit Damansara, di sini, semalam.
Kejadian dilaporkan bermula pada jam 4.30 pagi apabila lima lelaki
terbabit menceroboh dan meletakkan kenderaan pacuan empat roda (4x4) di
pekarangan sebuah rumah tidak berpenghuni.
Bagaimanapun, kehadiran kumpulan itu dikesan seorang penduduk pada
jam 6.30 pagi lalu memaklumkannya kepada pengawal keselamatan di kawasan
perumahan berkenaan sebelum dilaporkan kepada polis.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, sepasukan polis diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Brickfields, Deputi Superintendan Baharin Mohd Rose kemudian bergegas ke tempat kejadian.

“Anggota kami mengepung dan memeriksa rumah berkenaan, namun usaha awal itu gagal mengesan kumpulan penjenayah terbabit,” katanya.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan