09 April 2013

Bekas PM Thatcher meninggal dunia

28 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Margaret Thatcher
Margaret Thatcher
LONDON - Bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher yang terkenal dengan panggilan 'Iron Lady' dan satu-satunya wanita menyandang jawatan tersebut di negaranya, meninggal dunia hari ini.

Mendiang berusia 87 tahun.
Jurucakapnya berkata, Thatcher, yang menjadi perdana menteri dari 1979 hingga 1990, mengalami strok.

Thatcher memimpin Parti Konservatif dari 1975 hingga 1990.

Beliau pernah mengalami strok pada 2002 dan beberapa kali selepas itu.

sinar/-

Tiada ulasan: