09 April 2013

Lagi dokumen sulit diplomatik AS didedah

WikiLeaks 28 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

WikiLeaks mendedahkan lebih 1.7 juta dokumen sulit diplomatik AS bertarikh 1973 hingga akhir 1976.
 
LONDON - Laman pembocor maklumat, WikiLeaks, semalam mendedahkan lebih 1.7 juta dokumen sulit diplomatik dan maklumat risikan Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1970-an yang digelar sebagai Perpustakaan Awam Diplomasi AS (PlusD).

Rekod berusia lebih empat dekad yang disimpan di Arkib Kebangsaan AS itu didakwa tidak pernah didedahkan kepada umum sebelum ini.

Menurut pengasasnya, Julian Assange, kesemua dokumen tersebut menunjukkan pengaruh AS dalam pelbagai aspek di seluruh dunia.

Kebanyakan daripada dokumen sulit itu ditulis atau dihantar kepada Henry Kissinger yang merupakan Setiausaha Negara dan Penasihat Keselamatan Kebangsaan AS pada masa tersebut.

Pada 2010, WikiLeaks mengejutkan pemimpin dunia selepas laman itu mendedahkan lebih 250,000 dokumen sulit AS yang memalukan negara tersebut dan sekutu kuatnya menurut laporan AFP.

sinar/-

Tiada ulasan: