09 April 2013

Himpunan Rakyat di Taman Melewar malam ini

28 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Bagi merancakkan semangat pembubaran Parlimen, Jabatan Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan menganjurkan "Himpunan Rakyat: Ini Kali Lah Tukar!" jam 9.30 malam ini.


Program yang akan diadakan di Markas Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar ini akan diisi dengan pidato utama oleh tokoh-tokoh Pakatan Rakyat termasuklah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Tokoh-tokoh lain termasuk bekas Timbalan Menteri Persekutuan, Datuk Yahya Lampong; AJK Eksekutif Pusat DAP, Dr Tan Seng Giaw; bekas Ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam dan Pesuruhjaya PAS Wilayah, Mohamad Noor Mohamad.

Menurut Bendahari JPN, Zakaria Abdul Aziz, program ini diadakan bagi mengutip dana PRU13 kerana PAS bertanding di tiga kawasan Parlimen iaitu Titiwangsa, Putrajaya dan Labuan.

Katanya, pada malam ini calon-calon PAS yang bertanding dijangka akan memberikan ucapan ringkas dalam rangka mereka memperkenalkan diri kepada massa.

Orang-ramai sekitar Lembah Klang dijemput hadir bagi menjayakan "Himpunan Rakyat" ini sebagai solidariti rakyat untuk menjatuhkan BN dalam PRU13 kali ini.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: