BUKIT MERTAJAM - Suasana di pekarangan Mahkamah Majistret di sini
semalam bertukar riuh bercampur suka apabila lebih 100 ahli keluarga
angkat menangis kegembiraan sebaik mahkamah
mengarahkan mereka diberi
hak penjagaan ke atas 28 bayi dan kanak-kanak yang diselamatkan Februari
lalu.
Keluarga angkat tersebut diberi hak penjagaan bersyarat untuk tempoh
dua tahun ke atas bayi dan kanak-kanak yang diselamatkan selepas menjadi
mangsa pemerdagangan orang.
Keputusan itu dibuat oleh Majistret Arif Mohamed Shariff berdasarkan
arahan mahkamah yang dikeluarkan sebelum ini mengatakan kesemua mangsa
berusia antara dua bulan hingga tiga tahun itu akan dijaga oleh keluarga
angkat masing-masing.
Namun sepanjang tempoh siasatan polis, mereka diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Johor.
sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan