KOTA BHARU – Misteri kewujudan kubur baharu di Tanah Perkuburan Islam
Kampung Limau Manis dekat sini sejak beberapa hari lalu yang menjadi
tanda tanya penduduk akhirnya terjawab.
Ini apabila pihak polis yang menggali semula kubur tersebut menemui sebanyak 31 guni berisi pasir.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman memberitahu,
melalui laporan yang dibuat oleh pengadu, kubur baharu berkenaan
dipercayai digali kira-kira empat atau lima hari lalu.
Menurutnya, selepas mendapat perintah mahkamah semalam, pihak polis
telah menjalankan kerja-kerja menggali semula kubur berkenaan antara
pukul 12.30 hingga 1 petang semalam untuk siasatan lanjut.
Katanya, kubur tersebut digali sedalam hampir 1.07 meter, panjangnya 2.13 meter dan lebar hampir satu meter.
Kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan