29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
KUALA TERENGGANU - Seorang buruh dipenjara tujuh hari kerana bersalah mencuri dua kotak susu pekat bernilai RM216 dalam satu kejadian pada 17 Februari lalu.
Tertuduh, Md Zamri Sidek, 43, turut dikenakan denda RM1,000 dan berdepan dengan penjara selama sebulan jika gagal membayar denda tersebut, setelah mengaku bersalah di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanafhi, semalam.
Pendakwaan dijalankan oleh Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming.
Terdahulu dalam pembelaannya, tertuduh yang mempunyai rekod jenayah dadah itu meminta hukumannya diringankan memandangkan mempunyai dua anak yang masih kecil dan bersekolah.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh didapati mencuri dua kotak susu itu pada 17 Februari lalu, kira-kira jam 3.50 petang hingga 4.10 petang di Pasaraya Sabasun, di sini.
Dia telah meletakkan kedua-dua kotak susu itu dalam troli dan menampal stiker ‘sudah dibayar’ pada kotak susu itu, bagaimanapun gerak-gerinya yang mencurigakan menyebabkan pengawal keselamatan menghampirinya.
Menyedari perbuatannya sudah diketahui, tertuduh kemudiannya melepaskan kotak susu itu, lalu berlari menuju ke longkang besar berhampiran untuk bersembunyi.
Bagaimanapun, dia berjaya ditangkap oleh orang ramai dan kemudiannya diserahkan kepada polis MPV dari Balai Polis Cabang Tiga.
Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan