29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
AMPANG - Taktik premis perjudian tanpa lesen berselindung di sebalik kedai makan untuk mengaburi pihak berkuasa akhirnya terbongkar, apabila diserbu Jabatan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang melalui Ops Dadu, malam kelmarin.
Pegawai Turus D7 IPPK Selangor, Deputi Superintendan Izwan Abdul Karim berkata, pelanggan yang ingin memasuki premis judi berkenaan perlu memasuki kedai makan itu.
“Premis itu juga telah mengubahsuai pintu masuk dengan membina pintu di bahagian tepi premis bagi menunjukkan seolah-olah ianya tidak beroperasi.
“Pintu masuk dipantau penjaga premis menggunakan sistem kamera litar tertutup,” katanya.
Izwan berkata, premis berkenaan pernah diserbu sebelum ini, namun kembali beroperasi dua minggu lalu.
Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil ke atas pemilik premis dan operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
“Sabit kesalahan pemilik premis boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan melebihi RM100,000 bagi setiap mesin perjudian dirampas dan penjara tidak lebih lima tahun,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan