29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
DENPASAR: Pihak keselamatan Indonesia menyerbu penjara Kerobokan Bali, awal pagi Rabu bagi menamatkan rusuhan yang tercetus di dalam pusat tahanan itu.
Jurucakap polis Bali, Hariadi berkata, penjara Kerobokan itu turut menempatkan banduan warga negara Australia yang terlibat dengan aktiviti penyeludupan dadah. “Polis dan anggota tentera menyerbu penjara berkenaan pada waktu Subuh.
"Mereka terpaksa melepaskan tembakan dan tiga individu yang cedera di kaki dikejarkan hospital,” katanya.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Negeri Australia berkata, kesemua 12 rakyatnya yang ditahan di Kerobokan terselamat.
"Lokasi rusuhan dengan lokap yang menempatkan rakyat Australia terletak agak jauh. Mereka tidak terlibat dalam insiden itu," kata Hariadi.
mstar/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan