22 Februari 2012

Isu Bakar Al-Quran: Setiausaha Pertahanan AS Mohon Maaf

29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KABUL: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Leon Panetta memohon maaf kepada rakyat Afghanistan berhubung insiden beberapa naskhah al-Quran didapati dibuang dan dibakar, Isnin.

Laporan BBC memetik Panetta berkata, tentera AS menghormati amalan agama rakyat Afghanistan tanpa "sebarang pengecualian."

Panglima tentera Nato di Afghanistan, Jeneral John R Allen dari AS sudah pun mengumumkan bahawa satu siasatan akan diadakan berkenaan insiden itu.

Laporan-laporan awal menunjukkan AS merampas bahan-bahan yang dipercayai digunakan tahanan Taliban untuk menghantar mesej.

Berita berkenaan insiden itu mencetuskan kemarahan di luar pangkalan tentera AS di Bagram, utama Kabul.

Laporan BBC juga menyebut seorang cedera dan lima lagi ditahan apabila tentera Nato melepaskan peluru getah ke arah kumpulan yang mengadakan demonstrasi di luar pangkalan tentera itu.

mstar/-

Tiada ulasan: