22 Februari 2012

Liga Juara: Real Madrid, CSKA seri 1-1

29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

MOSCOW - Gol jaringan pada minit terakhir oleh pemain baru CSKA Moscow, Pontus Wernbloom membolehkan pasukan itu menamatkan pusingan awal 1-1 dengan Real Madrid dalam persaingan Liga Juara-juara di sini.

Jaringan Cristiano Ronaldo pada minit ke-28 telah memberi kelebihan 1-0 kepada pasukan pelawat dengan menggunakan peluang-peluang yang ada termasuk 'kelemahan' di bahagian pertahanan dan penjaga gol CSKA Moscow, Sergei Chepchugov yang kelihatan gugup.

Gol ketika bertemu dengan CSKA ini merupakan yang ke-17 bagi Ronaldo sepanjang 23 pertemuan Liga Juara-juara.

Penyerang dari Portugal ini gagal menggunakan peluang untuk menambah gol sejurus selepas permainan masuk separuh masa kedua. Ronaldo sekali lagi memperoleh peluang di akhir perlawanan tetapi ia gagal disempurnakan.

Juara sembilan kali ini menguasai kebanyakan pergerakan walaupun bermain dalam cuaca terlampau sejuk manakala jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho mempersalahkan pengadil dari Belanda, Bjorn Kuipers atas gol diperoleh CSKA.

Sinar Harian

Tiada ulasan: