29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
ALOR GAJAH - Suspek bertindak berani melarikan kereta MPV peronda polis di Balai Polis Cawangan Trafik Alor Gajah, di sini, 16 Februari lalu, tertumpas selepas empat hari menyembunyikan diri.
Suspek berusia 35 tahun itu, diberkas selepas gerakan memburunya diketuai Pegawai Kanan Polis Alor Gajah, Asistan Supritendan Mohd Zulkifli Yusof, dilakukan di rumah kedai di Nilai, Negeri Sembilan, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, polis menemui suspek, kira-kira 6.45 petang
“Operasi memburu berhasil selepas menerima maklumat daripada orang awam.
“Kami mengambil masa kurang sepuluh minit mengetuk pintu kerana suspek enggan memberikan kerjasama,” katanya.
Umar Ali berkata, berlaku pergelutan, apabila suspek meronta untuk melepaskan diri.
“Suspek mengalami kecederaan di bahu kanan, kesan luka di tapak tangan kanan, jari telunjuk dan kelingking kiri serta kesan luka di kening kanan, selain tangan kanan bersimen akibat terbabit dalam kemalangan sebelum ini,” katanya di Ibu Pejabat Daerah Alor Gajah, di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah; Deputi Superintendan Abd Rahman Jid, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam / Ketua Trafik Daerah; Inspektor Mohd Zuki Abd Ghani dan Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Alor Gajah, Inspektor Khairul Idlan Azmi.
Suspek direman tujuh hari bermula semalam oleh Majistret Siti Suriatey Mohd Yusof.
Pada 18 Februari lalu, Sinar Harian melaporkan suspek hadir ke Balai Polis Cawangan Trafik Alor Gajah, untuk membuat laporan berhubung kemalangan menimpanya sebelum dikesan memiliki rekod jenayah.
Dia yang menyedari dirinya dikehendaki polis kemudian melarikan diri keluar, dan berjaya ditangkap. Namun suspek yang panik bertindak melompat ke tempat pemandu kereta peronda lalu memecut menuju ke arah Kelemak dan menghilangkan diri.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan