29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
KOTA BHARU- Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) mengambil langkah drastik bagi menangani masalah sampah di sekitar kawasan bandar ini dengan menyediakan ‘astray poket’ kepada golongan perokok yang dikompaun jabatan terbabit.
Yang Dipertuanya Fauzi Mat berkata, ini merupakan satu pendekatan baru yang memberi kemudahan supaya perokok tidak lagi membuang putung dan habuk rokok di merata tempat.
“Di samping kompaun yang dikenakan kepada perokok yang membuang lebihan rokok di merata tempat, pemberian ‘astray’ itu merupakan cara mudah yang boleh di bawa ke mana sahaja.
“Ini juga sebagai pengajaran kepada golongan itu supaya tidak sewenangnya membuang lebihan rokok di kawasan yang tidak sepatutnya.
Fauzi berkata, perokok tidak sepatutnya membuang sisa rokok yang dihisap mereka di kaki-kaki lima atau di kawasan awam kerana ini hanya akan mengotorkan kawasan sekitar malah boleh mengundang pemandangan yang menjengkelkan,” katanya.
Beliau mengharapkan dengan langkah terbabit dapat memberikan kesedaran mengenai kesungguhan pihak berkenaan menangani isu sampah di negeri ini.
“Sepatutnya mereka (perokok) dapat berfikir secara rasional mengenai tindakan yang dilakukan MPKB-BRI dan memberikan kerjasama yang baik bagi menyelesaikan permasalahan ini.
“Dengan kerjasama yang diberikan, maka kerja pihak kami akan lebih mudah dan usaha yang kami lakukan untuk memperkenalkan negeri Kelantan kepada pelancong luar dengan imej yang bersih dapat direalisasikan dan bakal terlaksana apabila rakyat di negeri ini turut menjaga kebersihan alam sekitar,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan