29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
IPOH – Kejayaan polis Selangor menahan empat lelaki dipercayai terlibat dalam kecurian kepala lori membawa penemuan sebuah bengkel memisahkan komponen itu di Simpang, Taiping.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, bengkel yang terletak dalam ladang kelapa sawit dijadikan markas oleh satu sindiket untuk melerai lori curi dalam tempoh beberapa jam sebelum dijual sebagai alat ganti.
Menurutnya, polis menemui lebih 1,700 enjin lori yang sudah dileraikan dipercayai dilarikan ke lokasi berkenaan di Kampung Ayer Putih.
“Bengkel milik sindiket itu telah lama beroperasi di Changkat Jering sengaja menggunakan kawasan tersembunyi di ladang kelapa sawit untuk memisahkan komponen enjin lori itu.
“Sindiket itu mendapatkan lori yang dicuri itu dari Pulau Pinang, Lembah Klang, Selangor dan negeri ini sebelum dibawa ke bengkel berkenaan,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini, semalam.
Mohd Shukri berkata, lapan pekerja berjaya diberkas polis dalam satu serbuan, Sabtu lalu manakala, pemilik bengkel berusia 40-an sempat melarikan diri.
“Antara yang ditahan adalah seorang kerani perempuan, empat pekerja warga tempatam dan tiga lelaki warga Bangladesh yang diupah untuk melakukan tugas meleraikan komponen dan enjin lori curi itu.
“Turut ditemui berpuluh kepala lori curi yang turut disorok di dalam bengkel berkenaan dan menunggu masa untuk dileraikan oleh ahli sindiket berkenaan,” katanya.
Tinjauan mendapati bengkel itu dibina dengan kawasan sekelilingnya ditutup dengan zink. Beberapa pegawai polis sedang sibuk melakukan pemeriksaan nombor casis pada semua enjin lori ditemui.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan