29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
KUALA KANGSAR – Terperdaya dengan tawaran seorang kenalan lama, sembilan sahabat, di sini, mendakwa ditipu dan mengalami kerugian kerana diberi tiket penerbangan palsu setelah membuat tempahan secara online.
Seorang mangsa, Low Wei Lim, 25 berkata, dia dihubungi individu terbabit (seorang wanita), yang merupakan bekas rakan sekolahnya pada 13 Januari lalu menawarkan tiket penerbangan ke pelbagai lokasi di luar negara dengan diskaun menarik.
Menurutnya, individu terbabit yang didakwa tinggal di Karai, di sini, menghubunginya dan rakan-rakan lain menggunakan telefon serta laman sosial Facebook untuk mengemukakan tawaran berkenaan.
“Kami ditawarkan diskaun 50 hingga 90 peratus atas tiket yang ditempah berdasarkan destinasi pilihan dan pembeliannya adalah secara online, melalui individu itu.
“Dia sebaya dengan saya dan mendakwa dirinya sebagai seorang agen tiket penerbangan yang boleh mendapatkan tiket penerbangan dengan kadar harga lebih murah,” katanya ketika ditemui, di sini.
Katanya, disebabkan individu berkenaan merupakan rakan sepersekolahannya dan tawaran yang diberikan agak menarik, dia telah membuat tempahan tiket berkenaan.
Menurut Wei Lim, pembayaran untuk tempahan tiket berkenaan dibuat secara pemindahan wang melalui akaun simpanan, dan hanya salinan pembelian di Internet menjadi bukti pembelian.
“Setelah membuat pembayaran, saya mendapat tahu dari beberapa rakan lain yang tiket berkenaan tidak wujud, manakala individu terbabit cuba mengelak diri daripada berjumpa saya selepas berjaya menjual tiket berkenaan.
“Bukan saya sahaja, malah ramai rakan sekelas di seluruh negara ini diberi janji sama, manakala dua daripada rakan kami diberi tiket yang betul untuk mengaburi mata kami semua,” katanya.
Tambah Wei Lim, semua yang tertipu telah membuat laporan polis di balai polis berhampiran tempat tinggal masing-masing dan menuntut individu berkenaan memulangkan wang mereka.
Menurutnya, dia dan rakan-rakan lain telah membuat tempahan tiket untuk ke pelbagai lokasi luar negara dan jumlah keseluruhan nilai tiket yang ditempah mencecah RM20,000.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan