29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 22 Feb: AJK PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar mahu Datuk Seri Hishammuddin Hussein bertanggungjawab berhubung serangan fizikal terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sembrong, Johor Ahad lalu.
Beliau yang juga ahli parlimen Tumpat berkata, apa yang mendukacitakan, insiden itu berlaku dalam kawasan parlimen Hishammuddin sendiri yang juga Menteri Dalam Negeri.
"Sangat memalukan apabila keganasan itu berlaku dalam kawasan Menteri Dalam Negeri sendiri.
"Macam mana nak jaga keselamatan negara, keselamatan dalam kawasan sendiri pun tak boleh jaga," katanya.
Beliau mengulas serangan sekumpulan samseng yang dipercayai penyokong Umno terhadap Anwar pada malam 19 Februari lalu yang mengakibatkan kereta yang diguna Ketua Umum PKR itu rosak dan cerminnya pecah.
Anwar ketika itu dalam siri program ceramah jelah PKR di Pejabat Keadilan Sembrong.
Ekoran itu, laporan polis juga telah dibuat di Balai Polis Kluang pada hari yang sama.
Lebih memalukan kata Kamaruddin tindakan tidak bertamadun itu berlaku dikala pemimpin kaum lain menggunakan pentas debat sebagai medan berhujah.
Sedangkan orang Melayu khususnya Umno pula masih dengan politik lama mereka menggunakan pendekatan menakutkan-nakutkan rakyat dengan serangan fizikal.
"Memang mengecewakan. Di saat pemimpin politik Cina bokeh berdebat secara bertamadun di ibu negara Kuala Lumpur, dan boleh disaksikan oleh rayat, pemimpin Melayu pula takut berdebat, dan guna samseng," katanya sambil merujuk debat antara Setiausaha DAP Lim Guan Eng dengan Presiden MCA Lim Kit Siang baru-baru ini.
Sehubungan itu, beliau mendesak satu penjelasan konkrit dari Hishamuddin berhubung insiden yang memalukan itu.
Harakah Daily

1 ulasan:
aww....aww
Catat Ulasan