29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
GAMBAR fail menunjukkan bandar Tel Aviv, Israel pada 3 Jun 2004.
BAITULMUQADDIS - Israel sebenarnya bimbang negara berkenaan terdedah dengan serangan balas yang dahsyat jika ia menyerang program nuklear Iran.
Baru-baru ini, beberapa pegawai Israel yang memetik laporan perisikan memberitahu, bandar Tel Aviv di negara itu akan menjadi sasaran utama jika berlaku serangan.
Timbalan Perdana Menteri Israel, Dan Meridor yang juga Menteri Perisikan dan Tenaga Atom, membayangkan pada Sabtu lepas bahawa Israel kini berdepan dengan ancaman baharu.
"Pada masa lalu, perang tertakluk di medan tempur melibatkan pertembungan kereta kebal dengan kereta kebal, pesawat melawan pesawat tanpa mengancam negara. Kini, negara adalah medan tempur," kata Meridor.
"Keseluruhan Israel terdedah kepada puluhan ribu peluru berpandu dan roket dari negara-negara jiran.
"Justeru, sudah tentu kita perlu memahami bahawa paradigma peperangan telah berubah.
"Jika perang berlaku dan saya harap ia tidak akan berlaku, mereka bukan sahaja akan membedil askar-askar Israel tetapi penduduk awam akan menjadi sasaran utama," tambahnya.
Pakar-pakar percaya serangan tentera Israel akan mencetuskan serangan balas Iran yang akan menyaksikan Iran akan menggunakan peluru berpandu jarak jauhnya, Shahab atau serangan balas melalui proksinya iaitu Hizbollah di Lebanon, Hamas di Gaza atau para penyokong Presiden Bashar Al-Assad di Syria.
Ketua perisikan tentera baru-baru ini memberitahu, musuh-musuh Israel kini memiliki sekitar 200,000 buah roket dan peluru berpandu yang disasarkan ke arah Israel.
Namun, kali ini, sasaran turut melibatkan kawasan yang padat dengan penduduk.
Para pemimpin Zionis percaya bahawa bandar-bandar utama Israel akan menjadi sasaran peluru berpandu jarak jauh sekiranya perang berlaku.
Baitulmuqaddis pula dianggap selamat kerana statusnya sebagai tempat suci orang Islam.
Namun, bahagian pantai Mediterranean yang menjadi pusat sebahagian besar populasi Israel termasuk kota metropolitan Tel Aviv merupakan sasaran yang menarik buat musuh.
Terkenal sebagai pusat perniagaan dan kebudayaan Israel dengan lebih dua juta penduduk, Tel Aviv penting kerana ia menampilkan imej Israel sebagai sebuah negara maju dengan gaya hidup Barat.
Beberapa pegawai pertahanan Israel memberi amaran bahawa sekutu rapat Iran, Syria memiliki peluru berpandu kawalan jauh dan senjata kimia yang mampu mengancam Israel terutamanya Tel Aviv.
Hizbollah juga telah meningkatkan keupayaan persenjataannya sejak Perang Musim Panas dengan Israel.
Militan-militan Hizbollah di Genting Gaza dipercayai menyeludup masuk peledak-peledak peluru berpandu dari Libya.
Pegawai-pegawai berkenaan yang enggan identiti mereka didedahkan memberitahu, laporan perisikan menunjukkan bahawa ibu pejabat tentera Tel Aviv akan menjadi sasaran. Justeru, Israel kini menyediakan tapak alternatif untuk dijadikan ibu pejabat tenteranya.
Menteri Pertahanan, Ehud Barak menganggarkan bahawa serangan Iran akan menyebabkan kematian kurang 500 orang di pihak Israel yang merupakan kenyataan yang dilihat akan meredakan kebimbangan rakyat tetapi mencetuskan situasi sebaliknya.
Sejak lima tahun lalu, tanggungjawab untuk melakukan persediaan sekiranya Israel diserang diserahkan kepada seorang menteri Kabinet dan timbalan ketua tentera Israel, Matan Vilnai yang baru-baru ini mengumumkan peletakan jawatannya. - Agensi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan