20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
PASIR MAS – Seorang wanita di sini, bukan sahaja cedera akibat diragut, malah kesemua wang gaji hasil kerja sebagai pembantu kantin, habis setelah diragut, pada jam 4.30 petang, kelmarin.
Mangsa, Wan Maheran Abdul Razak, 46, menerima lima jahitan di bahagian kening, bengkak di muka, kepala dan kaki setelah dicederakan seorang lelaki tidak dikenali.
“Hari itu, saya nak ke bank, tetapi tidak sempat kerana bank tutup, jadi saya ingat akan ke bank semula esok.
“Saya berhajat, hendak ke bank semula esok untuk menyimpan wang itu tetapi tidak kesampaian apabila wang gaji saya dilarikan peragut berkenaan,” katanya, semalam.
Wan Maheran berkata, kejadian bermula ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah, dengan menunggang motosikal secara bersendirian.
Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian, pandangannya tiba-tiba menjadi kabur dan berasa sakit akibat dihentak dengan objek keras.
“Akibat hentakan yang kuat, saya terjatuh ke dalam parit dan hanya sedarkan diri beberapa jam setelah menerima rawatan di Hospital Pasir Mas.
“Saya mendapati beg hilang, malah kesemua wang gaji sebanyak RM450 juga hilang.
“Loket emas dan pelbagai dokumen penting juga hilang dipercayai diragut oleh lelaki yang menyerang saya itu,” katanya.
Katanya, selepas menyedari kejadian itu, penduduk setempat membantunya dan menghubungi pihak polis.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Tengku Azman Tengku Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan