2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
Baru-baru ini debat yang diadakan adalah lebih kepada soal transformasi ke atas masyarakat Cina di negara ini. Ianya lebih berkisar kepada soal pentadbiran oleh MCA di peringkat pusat dan Parti DAP sebagai peneraju Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pada usia 63 tahun Parti MCA wujud sudah pasti banyak sejarah telah dikecapi sepanjang bersama Kerajaan Barisan Nasional jika hendak dibandingkan dengan Parti DAP yang baru memasuki tahun ke 4 menjadi peneraju Kerajaan Negeri. Tentulah begitu banyak masa diperlukan untuk menyelami permasalahan integriti kaum terutamanya kaum Cina. Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) yakin masyarakat Cina di Malaysia sudah boleh membuat perbandingan demi masa depan mereka di negara ini.
Pihak KMPP juga berpandangan bahawa sudah ada keperluan bagi pemimpin- pemimpin Melayu di negara ini turut mengadakan debat yang sihat berkenaan bagi memperjelaskan hala tuju politik orang-orang Melayu di negara ini. Dilihat sudah terlalu banyak permainan politik murahan yang akhirnya merugikan orang-orang Melayu sendiri. Isu fitnah memfitnah sesama pemimpin Melayu atas anjakan politik tidak langsung ada titik noktah bahawa orang-orang Melayu akan maju dalam negara ini yang telah diiktiraf sebagai sebuah negara Islam.
Hari ini KMPP mencadangkan atas nama politik dan ekonomi orang Melayu pada masa hadapan agar satu sesi debat diadakan secara langsung di antara pemimpin UMNO Pulau Pinang dan pemimpin Melayu dari parti DAP negeri ini. Cadangan ini dianggap realistik terutamanya di Pulau Pinang di mana oran- orang Melayu di negeri ini berada di dalam situasi “LIMBO” apabila Barisan Nasional tidak lagi berkuasa dan apakah perancangan Pakatan Rakyat terutamanya DAP untuk orang-orang Melayu di negeri ini. Apakah pemimpin Melayu dalam DAP dianggap sebagai boneka? Isu DAP Melayu sedang memuncak menjelangnya PRU-13 nanti.
Lanjutan dari kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang bahawa UMNO negeri ini sudah bersedia dan yakin untuk merampas empat kerusi parlimen dan tigabelas kerusi dewan undangan negeri. Ini bermakna bahawa mereka begitu yakin sokongan orang-orang Melayu di negeri ni sudah meningkat dan pada waktu yang sama parti DAP begitu serius untuk menempatkan calon-calon Melayu di negeri ini bagi menghadapai PRU13 nanti. Justeru itu cadangan dan desakan KMPP untuk mereka berdebat adalah bertepatan pada masanya semoga hala tuju dan masa depan orang-orang Melayu di negeri ini dapat diterjemahkan melalui sessi debat berkenaan.
Kesinambungan dari desakan tersebut pihak KMPP mencadangkan agar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman sendiri mewakili UMNO negeri Pulau Pinang berdebat dengan seorang pemimpin veteran Melayu DAP Pulau Pinang. Oleh yang demikian diharapkan desakan ini akan mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak demi melaksanakan pelan transformasi pada orang-orang Melayu Pulau Pinang dan debat tersebut mestilah tanpa sebarang syarat dan diadakan di Pulau Pinang.
Diharapkan akan ada penganjur yang sudi menganjur sessi berdebat tersebut. Namun jika tiada pihak penganjur yang berminat maka pihak KMPP sanggup untuk menganjurkannya. Akibat dari debat antara UMNO dan pemimpin DAP Melayu nanti maka dalam situasi sihat dapatlah dihuraikan hala tuju perancangan politik dan ekonomi orang-orang Melayu nanti.
Harakah Daily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan