2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
PASIR PANJANG, Negeri Sembilan – Pencuri yang memecah masuk sebuah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Kampung Telok Pelandok, di sini, sempat minum air berikutan terdapat cawan dan plastik yang ditinggalkan di dalam bilik snoezelen, iaitu salah sebuah bilik terapi pelatih PDK.
Kejadian yang berlaku malam kelmarin menyebabkan barang pemulihan pelatih dan tunai yang kesemuanya bernilai puluhan ribu ringgit dilarikan pencuri.
Difahamkan, wang yang dicuri itu adalah hasil sumbangan orang ramai melalui tabung kebajikan untuk rumah kebajikan tersebut yang diletakkan dalam tabung khas.
Penyelia PDK Cahaya Murni, Hasnah Samad berkata, dia dimaklumkan kejadian itu oleh salah seorang gurunya.
Menurutnya, guru terbabit adalah orang pertama yang datang ke PDK untuk sesi persekolahan hari ini (semalam) iaitu sekitar jam 6.45 pagi dan dalam masa sama, terdapat juga seorang pelatih telah tiba.
“Sebaik masuk melalui pintu utama, guru berkenaan kemudian membuka lampu dan terkejut melihat keadaan ruang belajar PDK bersepah, selain almari yang menempatkan alat pemain cakera padat terbuka.
“Guru berkenaan terus keluar dan segera menghubungi saya sebaik merasakan ada sesuatu yang buruk telah berlaku,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Hasnah berkata, dia adalah orang terakhir meninggalkan PDK iaitu sekitar jam 5 petang kelmarin dan meninggalkannya dalam keadaan berkunci.
“Daripada kesan yang dapat dilihat, kemungkinan pencuri terbabit lebih daripada seorang dan mereka masuk melalui tingkap di bahagian dapur dengan meregangkan besi penghalangnya serta tiada kesan pecah pintu.
“Terdapat juga kesan pagar digunting berdekatan dapur PDK. Selain kehilangan barang berharga, bilik pejabat PDK juga diselongkar,” katanya.
Menurutnya, ia kejadian pertama sejak PDK itu beroperasi 15 tahun lalu.
“Setiap hari PDK ditinggalkan dalam keadaan lampu terbuka di depan dan belakang. Bagaimanapun sejak beberapa minggu lalu, lampu belakang tidak dibuka kerana ada projek pengubahsuaian bangunan yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa PDK sendiri.
“Rak menyimpan dokumen PDK turut diusik pencuri selepas mereka menanggalkan peralatan keselamatan yang dipasang,” katanya.
PDK Cahaya Murni ini menempatkan 12 pelatih dengan pelbagai kategori kecacatan dan lima pelatih bagi kes lawatan rumah.
Berikutan kejadian itu, laporan polis dibuat di Balai Polis Pasir Panjang.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan