24 Februari 2012

“KARNIVAL ANAK MUDA GENG KITA” TARIK 25 RIBU PENGUNJUNG

2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SELAMA 16 feb – 20 feb 12 : Dewan Pemuda Pas Kawasan Larut telah berjaya menarik lebih 25 ribu pengunjung ke Karnival Anak Muda Geng Kita sempena Himpunan Tanzim Pemuda PAS Larut 2012 (TEMPIT 12) di Kg Sg Dendang Kubu Gajah Selama Perak yg berlangsung selama 5 hari bermula 16hb hingga 20hb februari 2012.

Program ini dirasmikan oleh YB Dato Hj Mahfuz Omar dan berakhir dgn persembahan mantap malam kemuncak dan penutup oleh Man Juara Raja Lawak musim ke 5,Ali XPDC,Akhil Hay,Mp guitarist kumpulan spring dan Bob Lokman. Pada malam ke 3 turut diserikan dgn persembahan Mael XPDC dan Mel Wings.

Pada hari terakhir Konvoi Raksaksa Anak Muda Larut berjaya melibatkan lebih 2 ribu peserta yg menarik perhatian penduduk setempat dengan melambai-lambai dan menunjuk isyarat bagus ke arah peserta sepanjang perjalanan sebagai tanda sokongan kepada Konvoi .

Peserta seterusnya melibatkan diri dalam Himpunan Tanzim Pemuda PAS Larut 2012 (TEMPIT 12) dan seterusnya menerima suntikan semangat perjuangan dari Tuan Hj Mohd Sabu, Ust Idris Ahmad dan Zawawi hasan. Himpunan ini diakhiri dgn ikrar dan bacaan doa wehdah oleh Akmal Kamarudin selaku Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Larut

“Program ini akan diteruskan dari masa ke semasa untuk menarik lebih ramai anak muda menyokong kita”kata Nazri Din selaku Ketua Pemuda Pas Kawasan Larut

Penceramah lain yg terlibat dlm menjayakan program terbesar dalam sejarah Larut ini ialah Yb Dato Saifudin nasation,Cikgu Bard, Yb Zailah, Sdr salman Saleh

Qahar
Unit Berita Pas Larut/-

1 ulasan:

Hadi Al Huda berkata...

Hiburan harus tetapi bukan matlamat. Biarlah hiburan yang disajikan itu sederhana bagi mengendurkan keteganagan sahaja.

Program perlu fokus kepada matlamat perjuangan. wallahu'alam.