2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
KUANTAN - Kehadiran sebuah treler diletakkan di tepi jalan dengan papan tanda keropok lekor di Jalan Beserah-Kemaman menimbulkan tanda tanya apabila hampir sebulan di parkir di situ.
Seorang pengguna, Mubin Othman, 45, berkata, dia sering melalui jalan tersebut hairan melihat treler tersebut tidak pernah beralih dari tempat itu.
Menurutnya, ia seolah-olah dijadikan sebagai tempat menggantung papan tanda keropok lekor bagi kedai berdekatan.
“Situasi tersebut bukan sahaja menjadi tanda tanya, tetapi lebih penting adalah keselamatan pengguna lain.
“Keadaan ini berbahaya terutama pada waktu malam dan pemilik treler terbabit tidak sepatutnya meletakkan kenderaan berat di situ untuk tempoh yang lama,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Beserah Darat, Hasan Stapa berkata, pihaknya tidak dapat mengesan pemilik treler terbabit namun memohon supaya mengalihkannya demi keselamatan orang ramai.
Katanya, ada pihak yang seolah-olah mengambil mudah soal tersebut dengan meletakkan papan tanda keropok lekor.
“Ia bukan sesuatu yang relevan jika hendak membuat promosi kepada produk dijual.
“Saya harap, perkara tersebut akan di ambil perhatian oleh pihak berkenaan secepat mungkin,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan