24 Februari 2012

Dua helikopter bertembung, tujuh askar Marin AS terbunuh

2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

WASHINGTON 24 Feb. - Tujuh askar Marin Amerika Syarikat disahkan terbunuh selepas dua helikopter tentera bertembung semasa mengadakan latihan ketenteraan di Arizona, semalam.

Kemalangan maut itu berlaku di bandar Yuma, malam kelmarin kira-kira pukul 8 malam (11 pagi waktu Malaysia semalam) dan punca kejadian masih lagi disiasat.

Dua helikopter tentera yang terbabit dalam kemalangan itu merupakan jenis AH-1W 'Cobra' dan UH-1Y 'Huey'. - AFP

Tiada ulasan: