2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
TEKANAN semakin memuncak terhadap pengurus Inter Milan, Claudio Ranieri selepas menyaksikan pasukannya tewas 0-1, di tangan Marseille pada saingan kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah di Stade Velodrome, awal pagi semalam.
Pada perlawanan itu, Andre Ayew muncul wira pasukan tuan rumah apabila meledak gol kemenangan pada waktu kecederaan babak kedua selepas menerima hantaran Mathieu Valbuena.
Ranieri kini berdepan lebih banyak persoalan mengenai masa depannya, apatah lagi Inter sendiri sedang bergelut dalam liga domestik.
Minggu lalu, Presiden Inter, Massimo Morrati mengeluarkan amaran keras kepada Ranieri supaya mencatatkan keputusan positif atau kontraknya ditamatkan.
Dalam pada itu, Ranieri berkata, kekalahan terbaru itu tidak menjejaskan moral pemainnya.
Bagaimanapun, stesen televisyen Sky Italia melaporkan suasana di bilik persalinan selepas perlawanan berakhir sunyi bagaikan pemain baru sahaja selesai menghadiri majlis pengebumian.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan