Chelsea mahu buang Cole



2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

MASA depan Ashley Cole bersama Chelsea semakin samar, apabila Roman Abramovich dikhabarkan mahu ‘menghalau’ pemain itu daripada Stamford Bridge.

Abramovich dikatakan tidak tahan lagi dengan karenah pemain senior itu yang berterusan mengkritik pengurus, Andre Villas-Boas (AVB).

Malah, sebelum perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Napoli kelmarin, Cole antara pemain yang melakukan pemberontakan di bilik persalinan pemain.

“Bila pemain mempersoalkan jurulatihnya, bermakna dia juga mempertikaikan kewibawaan pemilik kelab itu. AVB datang ke Stamford Bridge kerana Abramovich mahukan dia.

“Tetapi nampaknya pemilik itu tidak tahan lagi dengan sikap Cole yang tidak pernah berhenti mengkritik cara AVB me­ngendalikan kelab,” kata sumber kelab berkenaan.

Sinar Harian


Responses

0 Respones to "Chelsea mahu buang Cole"

Catat Ulasan

 

cina islam 2011

Foto Saya
PARIT BUNTAR, PERAK, AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI TITI SERONG, PERAK., Malaysia
Memuatkan ...
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors