2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
JELI – Angkara kerosakan sistem brek, pemandu dan kelindan nyaris maut, apabila lori yang dinaiki terbakar dalam kejadian di Batu 13 Jalan Raya Timur Barat dekat Kolam Air Panas, jam 5 pagi kelmarin.
Kejadian kebakaran berlaku ketika lori yang membawa muatan barangan runcit dalam perjalanan dari arah Ipoh, Perak menuju ke Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas mengalami kerosakan brek.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Che Engku Chik Che Engku Ngah berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.03 minit dan bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan 13 anggota dan dua jentera.
Menurutnya, sebaik sahaja sampai ke lokasi tersebut api sedang marak dan memusnahkan lori jenis Nissan UD serta kerugian dianggarkan bernilai RM170,000.
“Pihak kami mengambil masa 50 minit untuk memadam kebakaran di mana dua jentera terpaksa berulang-alik ke Balai Bomba Jeli, bagi mengangkut air memandangkan lokasi kejadian jauh dari kawasan penempatan dan tiada saluran paip,” katanya.
Che Engku Chik berkata, pemandu lori terbabit, Jamaludin Othman, 58, dan kelindannya Mohamad Azman, 54, kedua-dua berasal dari Perak sempat menyelamatkan diri.
“Mereka terhidu bau hangit di bahagian tayar belakang lori sebelum api mula marak,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan